Bengkel dan pertandingan Tactile 2020 (PLC3) telah dijalankan di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu pada 18 hingga 20 Febuari 2020.
Pelajar-pelajar berikut yang telah dibimbing oleh Puan Suzanah Jumat telah menyertai bengkel dan pertandingan ini.
1.Siti Nur Hanisah Omar Hashim -3A
2. Nurul Izzati Shaffenie- 3B
3. Noor Ameera Yusof -3B
Program ini adalah anjuran Sekolah Tinggi Kota Kinabalu dengan kerjasama Perpustakaan Negeri Sabah (Unit Galakan Membaca). SMK SANZAC dan SMK Inanam telah menghantar wakil. Sebanyak 11 karya pelajar telah dihasilkan.
SMK SANZAC telah memenangi pertandingan menghasilkan buku tactile dgn tajuk SANZAC Change Makers yang merupakan kisah kejayaan pelajar sekolah ini iaitu Mohd Danish Agunawan membantu mgurangkan penggunaan plastik sekali guna. Bahan bacaan ini pernah dibentangkan oleh pelajar di Itali pada 2019 dan kemudiannya dioleh untuk sesuaikan bagi membantu pelajar OKU penglihatan. Di akhir sesi karya pelajar ini disumbangkan kepada Perpustakaan Negeri Ssabah sebagai salah satu usaha murni menambahkan koleksi bacaan golongan ini di perpustakaan.











