Pada tahun lalu, SMK SANZAC sekali lagi telah membanggakan nama Sabah serta Malaysia di persada antarabangsa. Daripada 94 penyertaan daripada seluruh negara,  SMK SANZAC merupakan TOP 10 Finalists I CAN CHALLENGE MALAYSIA 2019 yang telah dianjurkan oleh Design For Change World (DFCW). Dua pasukan daripada SMK SANZAC telah berjaya melangkah jauh ke Rome Itali pada 27 – 30 November 2019. Dua pasukan ini telah dibimbing oleh pengetua cemerlang JUSA C,  Dr. Shirley Tay Siew Hong serta dua orang guru hebat SMK SANZAC iaitu Puan Lim Yi Wei dan Cik Sinorita Mait. Projek yang telah dihasilkan adalah “Caring Hearts… Cleaner Society” dan “C’mon Let’s Read”.  Setiap projek diwakili oleh 5 orang pelajar dan 1 orang guru pembimbing.

Tahniah guru-guru dan anak- anak pelajar SMK SANZAC yang telah membanggakan nama SMK SANZAC, Sabah dan Malaysia.

 

 

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan