Pada 2-3 November, kumpulan guru iaitu Cikgu Hanita Binti Ladjaharun, Ustazah Norazlinda Binti Abdul Aziz, Cikgu Osman Bin Muamat, dan Cikgu Ragina Sikua dari SMK Bandaraya Kota Kinabalu Sabah, Malaysia yang membawa 3 produk inovatif di Korea Cyber International Genius Invention Fair (CIGIF) 2019. Mereka memenangi tiga pingat emas Korea Invention News, 2 Anugerah Khas (Persatuan Penciptaan Asia, 1 Anugerah Khas (Hongkong, HKISIIC), dan 1 Semi-Grand Award (Persatuan Pencipta Dunia). SMK Bandaraya juga menerima penghargaan tertinggi semasa majlis tersebut. Korea cyber International Invention Fair 2019 adalah anjuran Korea Invention News . Pertandingan tersebut berlangsung di Chung Mu Art Hall Seoul, Korea . Kumpulan guru ini sungguh membanggakan semua warga sekolah khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Semangat tinggi yang ditunjukkan oleh mereka sehingga ke persada antarabangsa amat dikagumi.
Setinggi -tinggi tahniah dan syabas diucapkan.