14 Sept 2019, rombongan #[email protected] school SK(C) Anglo Chinese yang diketuai oleh Guru Besar Puan Ong bersama Cikgu Kenneth Liew dan Cikgu Lawrence Ling serta 8 orang Duta Penggerak Digital telah berada di aktiviti kemuncak lawatan kali ini iaitu #MYDIGITAl MAKER FAIR’19 yang bertapak di Malaysia International Trade & Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti dan pameran seperti bengkel dan class tentang programming / robotics, e-sport, e-ladang, Digital Ninja, Microbit Workhop, Digital Art Design, drone flying, FIFA 19 Tournament, Astonaut, Penggunaan Teknologi dalam Pekerjaan masa depan. Junior Innovate Competition dan lain-lain. selain daripada melawat ke pameran dan bengkel ini, 8 orang Duta Penggerak Digital pun menjalankan peranan sebagai Duta dengan mengajar orang awam tentang Microbit. Lawatan ke #MYDIGITAl MAKER FAIR’19  kali ini juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran Encik Azmi dari JPN Sabah, Puan Shirney Lim dari PPD Kota Kinabalu bersama-sama rombongan champion school dari Sabah.

Leave a Reply