Pertandingan Junior Innovate Zon KK Peringkat Negeri 2019

Pertandingan Junior Innovate Zon KK Peringkat Negeri 2019

“Usaha tangga kejayaan” begitulah bunyi peribahasa yang membawa seribu makna bagi 8 orang Duta Penggerak Digital dalam perjalanan sebagai peserta dalam Pertandingan Junior Innovate Zon KK Peringkat Negeri 2019. Pada 28 Sept 2019, Pertandingan Junior Innovate Zon KK Peringkat Negeri 2019 buat julung kali diadakan di Daeah Kota Kinabalu yang melibatkan 15 buah sekolah rendah di Daerah Kota Kinabalu. Untuk makluman, Pertandingan Junior Innovate Zon KK dianjurkan oleh Chumbaka dengan kerjasama dengan SK(C) Anglo Chinese KK dibawah tajaan Hap Seng Group. Pertandingan ini mendapat penyertaan 40 pasukan yang telah berkampung di Dewan Utama SK(C) Anglo Chinese KK bagi merebut 3 emas, 4 perak dan 4 gangsa yang ditawarkan dalam pertandingan ini. Di bawah bimbingan Cikgu Lawrence Ling dan AJK #mydigitalmaker Hub SK (C) Anglo Chinese, sekolah telah menghantar 4 pasukan dan mencapai kejayaan 2 emas dan 2 perak. Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang telah berjaya menghasilkan projek ke Pertandingan Junior Innovate Zon KK Peringkat Negeri 2019. Kita jumpa lagi tahun 2020!!!!!

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply