24 Ogos 2019, sekali lagi murid SK Tobobon layak menyertai Petrosains RBTX Challenge di peringkat kebangsaan. Sebanyak 4 kumpulan sahaja dari Sabah layak ke peringkat tersebut. 2 kumpulan dari SK Tobobon. Mereka ialah D’Nur Dhia Danisha Binti Ma’azlan, Nurul Syuhada Farihah Binti Mustal dan Muhammad Fudail Danish Bin Fauzee. Pertandingan ini diadakan di Studium Malawati, Shah Alam. Guru pengiring yang bertanggungjawab adalah Cikgu D Maryani Abd Hamid dan Ustazah Syuhaidah Sulaiman. Dalam pertandingan ini, Wakil dari SK Tobobon hanya Berjaya mendapat tempat ke 9 daripada 30 kumpulan yang terlibat dalam kategori Robo Tracer Junior. Syabas dan tahniah.