Tahniah diucapkan kepada SMK Sanzac yang telah menerima dua anugerah pada Majlis Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Sabah 2019 pada 24 Ogos 2019 bertempat di IPG Kampus Tawau. Anugerah yang diterima adalah Anugerah Inovasi Pdpc dan Anugerah Cabaran Keselamatan Siber Nasional (CAKNA). Penerima anugerah inovasi pdpc ialah Pn. Norlyziah Binti Ali Husain dan Pn. Suzanah Jumaat. Manakala penerima anugerah bagi CAKNA ialah Cik Surin Bin Jalaluddin yang merupakan guru pembimbing yang berjaya membimbing murid CAKNA meraih Naib Johan dalam Pertandingan CAKNA peringkat kebangsaan 2019.

Pada hari tersebut juga, lima guru SMK Sanzac telah dijemput untuk menghadiri persidangan TEKNOPEN Kinabalu kali ke-8. Pn. Norlyziah Binti Ali Husain telah dijemput sebagai penceramah jemputan. Empat guru yang lain, Pn.Sinorita @Itah Mait, Pn. Quek Lee Sin, Cik Lim Yi Wei dan Pn. Suzanah Jumaat sebagai pembentang Kertas Kajian Tindakan.

 

 

 

 

Please follow and like us:

Leave a Reply