ENGLISH IN CAMP PERINGKAT DAERAH KOTA KINABALU TAHUN 2019

ENGLISH IN CAMP PERINGKAT DAERAH KOTA KINABALU TAHUN 2019

SJK(C) Che Hwa Kolombong telah diberi kepercayaan untuk mengelolakan English In Camp Peringkat Daerah bagi tahun 2019 yang berlangsung pada 6 April 2019 (Sabtu) bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 3.00 petang. Program ini merupakan pertandingan antara sekolah-sekolah di daerah ini yang dianjurkan oleh  Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu. Sebanyak 19 buah Sekolah Rendah (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang mengambil bahagian  dan dibimbing oleh tiga ‘master trainer’ serta enam belas ‘junior trainer’.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris sekaligus meningkatkan penguasaan murid dalam bahasa berkenaan.  Kemuncak majlis ini adalah penyampaian hadiah dan ucapan perasmian penutupan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Tuan Umin bin Haji Sadi. Secara keseluruhan, majlis ini dilaksanakan dengan penuh meriah dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply