Biru Ungguli Sukaneka SK Tobobon 2019

Biru Ungguli Sukaneka SK Tobobon 2019

7 Mac 2019. Program Sukaneka yang banyak memberikan impak positif sama ada untuk murid dan warga kerja Sukaneka SK Tobobon melabuhkan tirai dengan satu kenangan yang kesekian kalinya. Pihak warga kerja mengucapkan jutaan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Sukaneka Tahap I dan Prasekolah Sesi Petang 2019.Keputusan keseluruhan dengan pungutan mata 125 mata berjaya diraih iaitu Johan keseluruhan Rumah sukan Biru, Naib Johan dengan pungutan mata 120 mata disandang oleh Rumah sukan Kuning, tempat ketiga dengan pungutan mata 105 mata disandang oleh Rumah Sukan Merah dan tempat ke empat Rumah Hijau dengan pungutan mata 120 mata . Selesai penyampaian hadiah, penutupan program diserikan dengan senamrobik yang diketuai oleh Pn. Fauziah Sawi bersama-sama rakan guru yang setiap rumah sukan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply