Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Daerah Ogos 2018

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Daerah Ogos 2018

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Daerah PPD Kota Kinabalu telah dilaksanakan pada 10 Ogos 2018 dengan izin daripada Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu untuk meminta Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan Cikgu Mohd Adli Mahali mempengerusikan Mesyuarat ini yang turut dihadiri oleh semua Ketua Unit di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Antara isu yang dibincangkan adalah :- 

1. Dashboard PPD Kota Kinabalu yang dibangunkan menggunakan aplikasi POWER BI sedang giat dibuat dan semua unit di PPD Kota Kinabalu akan menyediakan dashborad mini masing masing menggunakan aplikasi POWER BI tersebut. UPK antara yang paling awal menyediakan dashboard mini maklumat mereka sendiri.

2. Peranan Guru Data dibentangkan tugas mereka dan pengisian 32 waktu dalam jadual waktu mereka adalah kemestiaan kepada sekolah tetapi dilonggarkan buat sekolah SKM 9 buah sekolah di PPD Kota Kinabalu.Ini terus membincangkan Surat Pekeliling Ikhtisas dimana akan cari ruang untuk diterangkan kepada Pengetua, Guru Besar dan PK1 yang bertanggungjawap untuk membuat jadual waktu sekolah.

Maklumat rasmi telah distamping untuk diterima oleh semua Ketua Unit untuk dijadikan Data Rasmi rujukan yang boleh digunakan sehingga November 2018 nanti. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4 petang. 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply