11 Ogos 2018 : Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan SMK Inanam, telah menganjurkan LDP kali ke 4 untuk semua guru dan staf. Slot pertama bertajuk Pengurusan Aset Kerajaan telah disampaikan oleh Encik Sarin Baharudin, Pegawai Aset Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu(PPDKK).

 

Slot kedua adalah berkaitan Fail Meja dan telah disampaikan oleh PK Kokum SMK Inanam, iaitu Pn. Hjh Jamilah Bt. Hj. Jaafar dan slot ketiga berkenaan SSDM v2.0 telah disampaikan oleh PK HEM, iaitu En. Mohd Daud bin Sari. LDP yang telah dihadiri oleh seramai 76 staf ini berakhir pada jam 1.00 petang. Semoga ilmu yang disampaikan memberi manfaat untuk kecemerlangan SMK Inanam selari dengan Visi sekolah, Bertekad Gemilang.

Please follow and like us:

Leave a Reply