(3 APRIL 2018: INANAM) : SK Inanam Laut berjaya mempertahankan kejuaraan bola sepak MSS Zon Inanam tahun 2018. Dalam pertandingan akhir, SK Inanam Laut menewaskan SK Bantayan dengan 2 – 0. Kejohanan selama 2 hari itu telah berlangsung di padang SK Pomotodon Inanam, selaku tuan rumah kejohanan.
Kapten SKIL Mohd Syahril menerima hadiah dari guru besar SK Pomotodon Inanam.
Tahniah kepada Penolong Kanan Kokum SK Inanam Laut, cikgu Zulfiqkar, jurulatih ustaz Mohd Faizal dan pengurus pasukan cikgu Ramzan Habib, serta pemain-pemain bola sepak SKIL.