30 Ogos 2024 – Majlis penutupan Hari Koperasi Sekolah, Pembukaan Cafe Pisompuruan Koperasi PPKI dan Hari Kantin peringkat SMK Taman Tun Fuad 2024 telah dijalankan. Antara objektif program ini dijalankan ialah untuk
mendedahkan pelajar kepada pengurusan sesuatu program dan aktiviti, mengukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan guru dan pelajar, mencungkil bakat dalam kemahiran intrapersonal dan interpersonal para pelajar, memenuhi takwim aktiviti koperasi sekolah yang dianjurkan oleh ANGKASA dan membudayakan pengurusan KBAT dalam ahli jawatankuasa majlis.
Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Efendee O.P Andu, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Sabah. Turut memeriahkan majlis ialah En Kassim Bin Wiro, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Pn Shofriza Washlaini Bt Mohd Iyen, Pengetua SMK Agama Kota Kinabalu, Puan Umay @ Sitiarah Bt Mamalempeng, Timbalan Yang Di Pertua PIBG, wakil-wakil pengetua dan murid-murid dari SM Sains Sabah, SM La Salle, SMK Agama Kota Kinabalu, SM Stella Maris, SM Lok Yuk, SM Tinggi Kota Kinabalu, SMK Bandaraya, SM ST Francis dan SMK Badin.
Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Fuad Berhad mengambil peluang untuk menyahut seruan Kementerian Pelajaran iaitu menjana minda kelas pertama dalam kalangan pelajar SMK Taman Tun Fuad dengan menyediakan persekitaran aktiviti yang kondusif bagi menyediakan pengalaman yang amat berharga untuk para pelajar. Hal ini dapat dipraktikkan melalui penglibatan para pelajar dalam aktiviti Sambutan Hari Koperasi Sekolah. Di samping itu, koperasi juga telah membuka perniagaan baru dengan usahasama Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang dinamakan Cafe Pisompuruan. Koperasi telah mengambil inisiatif murni ini bagi menggembleng usaha bersama-sama PPKI untuk menyediakan ruang dan peluang kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas untuk mereka belajar di dalam keadaan suasana sebenar. Selain itu juga, sekolah mengadakan Hari Kantin bersama dengan program koperasi. Hari Kantin diadakan bagi memantapkan minda semua murid dengan ilmu keusahawanan.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan TVET seperti Pertandingan Bridge Building, Pertandingan Video Kreatif, Pertandingan Animation Scratch, Pertandingan Fesyen 3R, Pertandingan Kuiz Koperasi, Pertandingan Reka Bentuk Makanan, Pertandingan Kitar Semula, Pertandingan Petanque dan Pertandingan Reruai /Gerai.
termasuk dari SMK Badin