Pada 26 hingga 30 Ogos 2024, Panitia Bahasa Cina SJKC St. James telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk murid-murid. Antaranya termasuklah pertandingan mencari perkataan tersembunyi, pertandingan tulisan cantik, pertandingan menulis karangan khusus untuk murid tahap 2, pertandingan syarahan untuk murid tahap 2, dan pertandingan bercerita untuk murid tahap 1.
Melalui aktiviti-aktiviti ini, murid-murid berpeluang memperkasakan lagi penggunaan Bahasa Cina di antara satu sama lain serta mengasah bakat yang terpendam dalam diri murid masing-masing. Adalah diharapkan, agar aktiviti ini dapat memupuk rasa cinta murid-murid terhadap Bahasa Cina. Sekali gus dapat mencungkil bakat anak-anak St. James yang ada.