25 April 2022- Ramadan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Maka, SJK(C) St. James juga tidak lupa untuk menganjurkan Program Ihya’ Ramadan 1433H / 2022M untuk murid-murid yang beragama Islam. Program ini telah diadakan sepanjang bulan April 2022. Program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam menghayati dan menghidupkan bulan Ramadhan.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah seperti Halaqah khatam Al Quran, Khatam ALQuran dan Iftar, Sedekah subuh, Pertandingan MewarnaTahap 1 dan Kuiz Ramadhan Online Tahap 2.