28 April 2022 – Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah demi meraih ganjaran dan ketaqwaan.  Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam SMK Taman Tun Fuad telah mengadakan Program Infaq Kasih Ramadhan demi melahirkan warga sekolah memiliki sahsiah diri yang mulia dan juga rasa bersyukur dengan segala nikmat dan dapat berkongsi dengan yang kurang bernasib baik untuk mewujudkan keakraban dan seronok melakukan amal ibadat dalam bulan Ramadhan.  Penyertaan program tersebut adalah terdiri daripada murid-murid asnaf, Pekerja Pembersihan, Pengawal Keselamatan, AKP (Anggota Kumpulan Pelaksana) SMK Taman Tun Fuad.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan