KOTA KINABALU- Kumpulan OK9 Telipok telah mengadakan Bengkel Pembikinan video menggunakan telefon pintar pada 18 September 2020, bertempat di SK Lapasan Kota Kinabalu.Objektif utama bengkel ini adalah untuk mendedahkan kemahiran asas dalam pembikinan video menggunakan telefon pintar.Ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia agar para guru menguasai ilmu ICT yang semakin berkembang.
Sebanyak 10 buah sekolah dalam daerah Kota Kinabalu(Kumpulan OK9 Telipok) telah menyertai bengkel ini yang terdiri daripada guru-guru Penyelaras Bestari.Cikgu Iroet Marteni daripada SK Tampulan merupakan penceramah jemputan untuk program ini.
“Sememangnya kita amat memerlukan kemahiran sebegini untuk memperkasakan lagi proses PDPC”, menurut Cikgu Mareeno daripada SK Pulau Sepanggar.
Harapan daripada peserta bengkel agar akan lebih banyak lagi bengkel-bengkel sebegini agar guru-guru kekal relevan dalam menambahbaik dan seterusnya memperkasakan pendidikan negara.