TEKNOLOGI KINI SATU KEMESTIAN

TEKNOLOGI KINI SATU KEMESTIAN

Berikutan dengan pelaksanaan SOP mencegah penularan wabak covid-19, pihak KPM telah mengeluarkan arahan supaya semua sekolah di seluruh negara mematuhi arahan tersebut. Justeru, rata-rata sekolah telah mengambil initiatif bagi memudahkan pelaksanaan tersebut.

Sebagai contoh di Sekolah Kebangsaan Api Api, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan beberapa aplikasi bagi melancarkan pelaksanaan SOP ini. Antaranya ialah:

  1. Aplikasi Datang.my menggunakan QR kod bagi merekodkan suhu dan kehadiran murid,
  2. Sistem e-Tempah menggunakan Google Form untuk tempahan makanan murid dan
  3. Sistem Kad Trafik bilik rehat murid

 

Ketiga-tiga aplikasi ini telah digunakan sejak pembukaan semula sekolah pada 15 Julai 2020 yang lalu.

Murid diberikan QR kad masing-masing di kelas dan diminta untuk dibawa setiap hari ke sekolah. Guru-guru mengimbas QR kad pada setiap murid menggunakan aplikasi Datang Reader dalam telefon pintar masing-masing untuk merekod suhu murid-murid. Rekod suhu dan kehadiran murid disimpan dalam sistem Datang.my. Guru-guru boleh muat turun rekod suhu dan kehadiran murid melalui sistem ini.

 

Bagi tempahan makanan pula, ibu bapa akan membuat tempahan melalui Google Form sehari sebelum dan pihak kantin akan menghantar makanan ke setiap kelas. Bayaran akan dikutip pada waktu mengambil makanan. Pendekatan ini dapat menjimatkan masa dan mengelakkan kesesakan murid pada satu-satu masa.

 

Pelaksanaan sistem kad trafik bilik rehat murid ini digunakan di setiap tandas murid yang terdapat di sekolah ini. Setiap tandas akan dibekalkan empat keping kad yang bernombor 1,2,3,4 yang berwarna merah dan hijau mengikut jumlah kubikal dalam tandas tersebut. Warna merah menunjukkan kubikal dalam tandas tersebut sedang digunakan mengikut nombor yang tertera pada kad, sementara warna hijau menunjukkan kubikal berkenaan tidak digunakan.  Setiap kubikal dilabelkan dengan nombor yang sama di pintu setiap kubikal. Sebagai contoh, cara pelaksanaan sistem ini ialah seseorang murid yang ingin menggunakan kubikal, dia akan memastikan dahulu terdapat kekosongan melalui kad warna hijau yang terdapat pada pintu bilik rehat. Murid tersebut akan menukar kad itu kepada merah mengikut nombor yang dipilih.murid berkenaan akan masuk ke kubikal mengikut nombor yang dipilih tadi. Selepas menggunakannya, murid akan menukarkan kad merah tadi Kembali kepada warna hijau.

 

Tambahan lagi, sekolah juga memastikan murid-murid sentiasa mematuhi SOP di Kawasan sekolah dengan memperdengarkan rakaman SOP semasa berada di sekolah, semasa rehat dan sewaktu pulang. Rakaman suara akan dimainkan pada masa tertentu sebagai peringatan untuk murid.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply