DEWAN TUN FUAD, 13 JUN 2026 – Satu Majlis Khatam Al-Quran & Bingkisan Kasih Ramadan telah diadakan di peringkat sekolah. Umum sedia maklum, bulan Ramadan merupakan satu anugerah agung daripada Allah SWT kepada umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan. Oleh itu, SMK Taman Tun Fuad di bawah Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan beberapa program seperti Tadarus al-Quran, Tazkirah, Iftar dan bersedekah sepanjang bulan Ramadan ini. Majlis Khatam Al-Quran ini melibatkan 23 orang murid Muslim manakala penyerahan sumbangan Bingkisan Kasih Ramadan ini telah disampaikan kepada 50 orang murid Muslim yang terpilih dalam setiap tingkatan. Lantaran itu, program ini dapat mewujudkan keakraban dan rasa seronok melakukan amal ibadat dalam bulan Ramadan dan melahirkan rasa bersyukur dengan segala nikmat dan dapat berkongsi dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Majlis yang diadakan di Dewan Terbuka SMK Taman Tun Fuad ini dimulakan dengan bacaan Yasin. Majlis ini diteruskan lagi dengan ucapan Penutupan Perasmian Program Ihya’ Ramadan dan gimik Penutupan Perasmian Program Ihya’ Ramadan oleh Puan Halija binti Haji Jonggang selaku pengetua sekolah. Seterusnya, majlis Khatam al-Quran oleh para peserta tadarus Al-Quran, sesi penyampaian sijil dan saguhati kepada peserta Khatam al-Quran. Akhir sekali, penyerahan sumbangan Bingkisan Kasih Ramadan kepada 50 orang murid Muslim. Majlis ini tamat pada pukul 8.30 pagi.

Para peserta khatam Al-Quran 2026
Majlis Bacaan Surah Yasin, Khatam Al-quran oleh staf sekolah dan murid-murid SMK Taman Tun Fuad

 

Pengetua bersama barisan pentadbir menyampaikan sijil kepada para peserta khatam Al-Quran
🍁Gimik penyerahan Bingkisan Kasih Ramadhan
🍂 Penyampaian cenderahati kepada puan Halija dan cikgu Nazri
🍁Penyerahan Bingkisan Kasih Ramadan

Leave a Reply