08/11/2019- SK Tampulan Telipok telah mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi kesemua kategori utama dalam pertandingan Sabah Screen Fest 2019.Ini sesuatu yang luar biasa kerana sepanjang penganjuran Sabah Screen Fest(SSF)belum pernah ada sekolah di Malaysia yang memenangi kesemua kategori yang dipertandingkan.
Sabah Screen Fest 2019 merupakan penganjuran kali ke-6 sejak tahun 2014. Tema tahun ini ialah “Unity”.
Pada tahun-tahun yang lepas, Sabah Screen Fest dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu Kategori Sekolah dan Kategori Terbuka. Karya di bawah Kategori Sekolah adalah filem pendek dan animasi. Kategori Terbuka pula melibatkan karya berbentuk filem pendek, dokumentari dan iklan.
Menurut Guru Besar SK Tampulan,En.Fo Nee Khen kejayaan sekolah ini adalah hasil sumbangan kerjasama dan sokongan padu daripada semua warga sekolah secara langsung mahupun tidak langsung.
Untuk rekod, Sk Tampulan telah menerbitkan 5 buah filem pendek sepanjang pembabitan dalam Sabah Screen Fest sejak 2015.
Pada tahun ini, SK Tampulan telah mempertaruhkan Filem pendek yang bertajuk ‘Solunsug’ seterusnya telah mendapat johan kategori sekolah rendah.Selain daripada itu juga SK Tampulan turut memenangi kategori utama seperti johan pengarahan,skrip terbaik sekolah rendah dan pelakon lelaki terbaik sekolah rendah.
Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr.Yusof Bin Yacob,Menteri Pelajaran dan Inovasi bertempat di Kompleks Auditorium JKKNS.
Guru pembimbing En.Iroet Marteni dan En.Henry Ishak berharap agar akan lebih ramai pemain-pemain industri dalam bidang filem dan animasi berkolaborasi bersama pihak sekolah menghasilkan karya yang bermutu dan seterusnya membantu dalam aspek kemenjadian murid.
Filem pendek Solunsug boleh ditonton melalui pautan ini: