19 Murid SJKC Yick Nam terlibat dalam Pertandingan KBCMI Peringkat Daerah KK

13 April 2019 (Sabtu)- Pertandingan Syarahan Bahasa Cina kali ke-34, Ujian Bertulis Bahasa Cina kali ke-24, Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia kali ke-37, Pertandingan Syarahan Bahasa Inggeris kali ke-16 dan Deklamasi Sajak Bahasa Cina SJK(C) kali ke-16 peringkat daerah Kota Kinabalu telah diadakan di SJK (C) Lok Yuk Likas. Pertandingan-pertandingan ini melibatkan sebanyak 20 buah sekolah SJK(C).

Sebanyak 19 orang murid dari SJK (C) Yick Nam Inanam telah mewakili sekolah untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan. Encik Wang Teck Yun, Guru Besar SJK (C) Yick Nam Inanam berharap melalui aktiviti-aktiviti yang bermakna ini, dapat mengcungkil bakat murid-murid yang berpontesi, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara guru dengan murid-murid. Encik Wang turut merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru pengiring yang berusaha membimbing semua peserta yang terlibat dalam pertandingan-pertandingan ini.

Sia Pei Ni dan Crystal Voo Siao Jing terlibat dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Cina

Joelle Chin Jing, Heng Bao Yi, Adelyn Lo Yee Xun, Callie Lim Yen Ting dan Grace Yong See Jie terlibat dalam Ujian Bertulis Bahasa Cina

Grace Natalia Petrus dan Angelica Lo Siew Ling terlibat dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Malaysia

Adrian Noel Laudin Jerry, Delbert Delter Lung, Jordan Pan, Dayang Nur Farisya dan Pevydevyreyona telibat dalam Ujian Bertulis Bahasa Malaysia

Christivionie James dan Nurul Afiqah terlibat dalam Pertandingan Syarahan Bahasa Inggeris

Myra Fum Zhi Yang, Leticia Teng Yue Ning dan Josyln Li Tzi Xin telibat dalam Deklamasi Sajak Bahasa Cina

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of