Lawatan Pengurusan Kualiti Dalam Pendidikan UMS

Lawatan Pengurusan Kualiti Dalam Pendidikan UMS

17 April 2019 – Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah membuat Lawatan Pengurusan Kualiti Dalam Pendidikan dan Dinamika Organisasi Pendidikan di SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 15 orang pelajar Master dalam Pengurusan yang diketuai oleh Dr Dayang Norizah Dzulkifli, Ketua Jabatan Fakulti Psikologi & Pendidikan UMS dan Dr Mohd Nizam Nazarudin, Pensyarah Sports Science.

Puan Ong Kooi Huong, Guru Besar mengambil kesempatan untuk membawa rombongan UMS melawat ke sudut-sudut sekolah. Antara sudut yang dilawat seperti, sudut kebudayaan, sudut penyayang, pusat sumber, bilik kulat, makmal raspberry pi dan juga mydiditalmaker hub. Selain itu, Guru Besar juga turut membuat perkongsian mengenai pengurusan sekolah beliau selama 14 tahun di sekolah Anglo Chinese.
#anglo_chinese #mydigitalmaker #mdec #anglophotographer #UMS #fakultipsikologipendidikan

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply