Majlias Anugerah Kecemerlangan Maktab Sabah 2019 Edisi 2018

Majlias Anugerah Kecemerlangan Maktab Sabah 2019 Edisi 2018


Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Maktab Sabah 2019 bagi edisi 2018 telah berlangsung pada 9 April 2019. Majlis Anugerah yang dilaksanakan khas untuk memberi pengiktirafan kepada kejayaan pelajar Maktab Sabah atas pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kokurikulum.

Majlis yang berlangsung di Dewan Perdana Maktab Sabah itu telah dirasmikan oleh Ybhg. Encik Umin Hj. Sadi A.D.K, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, dalam ucapan beliau agar semua pelajar yang telah mendapat kecemerlangan tahun 2018 agar dapat meneruskan usaha agar mereka sentiasa berada dilandasan kecemerlangan dalam apajua bidang yang diceburi selepas alam persekolahan menengah.

Seramai 151 pelajar telah dianugerahkan sijil kecemerlangan mengikut pencapaian masing-masing. Pada tahun ini anugerah khas sumbangan bakti telah diperluaskan kepada penganugerahan kepada setiap ketua unit badan-badan khas sekolah.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply