5 April 2019: Dewan Sekolah SMK Bandaraya Kota Kinabalu- Majlis Ihtifal telah berlangsung dengan meriah bagi meraikan pencapaian cemerlang pelajar-pelajar SPM dan PT3 tahun 2018 serta pencapaian akademik tingkatan 1 hingga tingkatan 4 pada tahun lalu. Majlis bermula dengan pendaftaran pelajar, guru dan ibu bapa seawal jam 7 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30 pagi. YDP PIBG sekolah ini, Pn. Nur Atikah Abdullah berbesar hati merasmikan majlis ini. Majlis penghargaan ini berjalan lancar dan meriah. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku

Puan pengetua, Pn. Rafidah menyerahkan cenderahati kepada YDP PIBG Pn. Nur Atikah Abdullah

Gambar kenangan bersama penerima anugerah dan ibu bapa pelajar

Please follow and like us:

Leave a Reply