ENGLISH IN CAMP 2019

ENGLISH IN CAMP 2019

KOTA KINABALU: Seramai 5 orang murid tahun 6 SK Tampulan Telipok telah menyertai English In Camp 2019 di SK Ruminding pada 21-22 Mac 2019.Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris sekaligus meningkatkan penguasaan murid dalam bahasa berkenaan.

En.Johnny Ressle Sintung selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris SK Tampulan Telipok mengucapkan terima kasih kepada SK Ruminding yang menjadi tuan rumah English In Camp pada tahun ini.”Program sebegini amat penting dikalangan murid agar mereka dapat memperbaiki dan seterusnya meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian,”katanya.

Penolong Kanan Kokurikulum SK Tampulan En.Nazri Jalil juga selaku guru pengiring berpendapat program sebegini wajar diteruskan dan diletakkan sebagai program tahunan.”Murid-murid perlu berinteraksi dengan rakan-rakan mereka dari sekolah lain agar berlakunya percambahan idea dan pemikiran kritis semasa aktiviti dijalankan,”tambahnya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply