CERAMAH ANTI DADAH

CERAMAH ANTI DADAH
Exif_JPEG_420

SK TAMPULAN TELIPOK- Pihak PDRM dengan kerjasama PIBG SK Tampulan telah mengadakan satu program Seminar/Ceramah Anti Dadah pada 23 Mac 2019.Seminar dan ceramah anti dadah bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya dadah kepada semua lapisan masyarakat dan mencegah mereka daripada terlibat dengan dadah.PIBG SK Tampulan telah menjemput Sarjan Mejar Ismail Bin Sabli daripada IPD Karamunsing sebagai penceramah jemputan.

Program ini mensasarkan ibu bapa sebagai golongan sasaran untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada ibubapa tentang bahaya dadah dan meningkatkan kesedaran tentang peranan mereka dalam mencegah anak-anak daripada terlibat dengan dadah.

Sebagai rekod, Program seminar dan ceramah anti dadah dilaksanakan setiap tahun di sekolah-sekolah rendah dan menengah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya dadah, supaya dapat mencegah mereka daripada terlibat dengan dadah dan seterusnya membantu ke arah mewujudkan Sekolah Bebas Dadah.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply