Pada Jumaat 8 Mac 2019 , PPD Kota Kinabalu telah dihadiri Datuk Amin Senin Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia untuk bersama Guru Besar di daerah Kota Kinabalu buat berdialog prestasi bersama mereka dan dia amat memuji PPD Kota Kinabalu dimana menyediakan Maklumat yang berfokus semasa perbincangan ini. 

KPPM banyak memberikan idea dan membalas respon para guru besar dengan begitu ilmiah sebagai tanda perbincangan tersebut sangat penting dilaksanakan dengan keadaan baik dan positif. 

Antara perkara yang disentuh dalam Dialog Prestasi tersebut adalah berkaitan Ujian Setara Untuk Semua Sekolah. Perkara ini timbul apabila  ditanya oleh salah seorang Guru Besar,  KPPM memberikan penerangan yang cukup baik kepada Guru Besar tersebut dan sekaligus menjadi rujukan PPD. Menurut beliau Ujian Setara Untuk Semua Sekolah adalah tidak sesuai lagi untuk digunakan untuk mengukur kemampuan murid. Istilah “One size fits all” sememangnya tidak dapat digunakan untuk agenda pendidikan sekarang.

Antara perkara yang penting dicatat :- 

Bersama Datuk KPPM 8.3.2019 (Jumaat)
Educate our parents tentang kefahaman penghapusan peperiksaan kepada orentasi perkembangan – ubah cara mereka berfikir
– MTM ialah Moral Responsibility (rasa bersalah jika tidak mencapai)
– Penguasaan KBAT paling utama bukan result A atau B
Close The Gap : A dan D
– Pendidikan orentasi perkembangan mengembalikan pendidikan pada landasan yg betul
– Tingkatkan tahap penguasaan minimum
– Pencapaian tahap minimum pun masih Sabah di rank paling bawah
– Ujian / peperiksaan setara tidak perlu. One size fits all tidak lagi relevan.
– Tiada kpi dari KPM, JPN atau dari PPD. Sekolah tentukan sendiri
– Kpi bermula dari sekolah
Headcount sangat penting utk intervensi yg sesuai kepada murid
– Pencapaian murid adalah responsiblity sekolah sepenuhnya – GB ibarat Kapten kapal, semua keputusan dibuat oleh GB itu menunjukan tanggungjawab sekolah
– Jepun: Lesson Study di Jepun. Guru bayar sendiri untuk hadir. Tidak perlu latihan dalam menghadapi Lesson Study tersebut
– *topik utk LS.. paling sukar murid faham, konklusinya buat LS utk menyelesai mslh.
– Proses yg dilihat.. sharing kaedah pengajaran utk improvement.
– PLC: Dialog Prestasi ini adalah PLC Malaysia Brand
– DP bertujuan untuk share to improve
– Dialog Prestasi dengan Maklumat dan Data bukan dengan air liur 
– PBD: Pelaporan 2 kali setahun dijana / generate dari TP yg dicatat setiap hari (semasa pdp berjalan di bilik darjah)
– Tidak boleh gunakan ujian utk menentukan TP murid.
– Boleh berikan ujian / SUMATIF tp jangan jadikan itu pemutus utk TP murid.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan