Kota Kinabalu: Rumah sukan Collier mengekalkan kejuaraan keseluruhan sempena Sukan Tahunan Sekolah SM All Saints yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 Februari lalu.
Lebih manis, kejuaraan ini adalah kali ketiga berturut-turut sejak 2017, 2018 dan 2019 yang berakhir pada 27 Februari lalu.
Acara sukan yang dijalankan di padang sekolah SM All Saints dan di Kompleks Sukan Likas, di sini, membabitkan lima rumah sukan iaitu Henthorne, Rusted, Collier, Leggatt dan Paisley.
Majlis penutupan sukan tahunan Kali Ke-69 ini dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, YB Tan Lee Fatt.
Turut hadir, Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Encik Gani Bin Senang, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Dr Mary Gambidau, Pengetua Sekolah Menengah All Saints, Reverend David Wong, Wakil Chaplain Sekolah Menengah All Saints, Puan Lim Mui Len, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah All Saints, Puan Peggy Liow, Presiden Persatuan Alumni Sekolah All Saints dan St Agnes.
YB Tan Lee Fatt dalam ucapannya gembira melihat pembabitkan pelajar-pelajar dapat menjayakan sukan tahunan sekolah SM All Saints kali Ke-69 dan dan saya menganggap kehadiran saya pada majlis penutupan Sukan Tahun SM All Saints ini sebagai satu penghormatan.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua atlet yang memenangi acara sepanjang sukan ini berlangsung.
“Saya merasa amat bangga melihat para pelajar mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam persaingan mereka memburu kejayaan” katanya.
Menurutnya, kepada semua pemenang, bahawa kejayaan ini adalah hasil usaha keras ketika sesi latihan dan teruskan latihan untuk mencapai lebih baik diperingkat yang lebih tinggi.
“Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr Mary, pengetua sekolah kerana berupaya mengekalkan imej cemerlang SM All Saints sebagai salah sebuah sekolah yang ternama di negeri ini.”
“Tahniah juga dengan guru-guru yang bekerja keras dalam memastikan sukan sekolah SM All Saints berlangsung dengan jayanya,” ujar beliau.