Program Penutupan Borneo Art Newcomers (BANCO) 2019.

Tarikh : 25 – 27 Februari 2019
Masa : 9.00 – 4.00 pm
Tempat :  Dewan serbaguna UCSF dan Bilik Kuliah UCSF.

Cikgu Mushariani bt Ismail telah mengiring 10 orang pelajar daripada tingkatan 1, 2,  4 dan 5  untuk menyertai Program Penutupan BANCO anjuran UCSF, Kota Kinabalu Sabah.

Program ini berlangsung selama 4 hari dan menyediakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan bidang seni visual.

Berikut merupakan program yang diadakan sepanjang 4 hari:

Hari Pertama:
9.00 – 12.00 : ‘Art Talk’ bersama Pn. Jeniffer P. Linggi, Pn. Christianne Goonting dan En. Jerome Manjat.
2.00 – 4.00 : Bengkel Batik Botanikal

Hari Kedua:
9.00-12.00: Bengkel Upcycling bersama En. Japson Wong
2.00- 4.00: Pertandingan ‘Creative Recycling competition’

Hari Ketiga:
9.00 – 12.00: Pertandingan ‘ Doodle Art’
2.00-4.00: Pertandingan mewarna Batik Kit.

Hari keempat:
9.00-12.00: Majlis penutupan.

Pelajar SMK SANZAC telah menyertai ketiga tiga jenis pertandingan yang berlangsung selama 3 hari dan berikut adalah keputusan bagi pertandingan pertandingan itu:

1. Pertandingan “Creative Re-cycling”
JOHAN: UCSF
NAIB JOHAN: SMK SANZAC
TEMPAT KETIGA: UCSF

2. Pertandingan “Doodle Art”
JOHAN: SMK BONGAWAN 2
NAIB JOHAN: SMK SANZAC
TEMPAT KETIGA: SMK TANSAU

3. Pertandingan mewarna Batik Kit
JOHAN: SMK SANZAC
NAIB JOHAN: UCSF
TEMPAT KETIGA: SMK SANZAC

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar SMK SANZAC yang telah berjaya membawa kejayaan pulang ke SMK SANZAC.

Leave a Reply