CAMP OUT BY THE RIVER

CAMP OUT BY THE RIVER

  

19-20 Jan 2019: SK Tampulan Telipok Kota Kinabalu telah diberi penghargaan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti “Moonlight Cinema”yang dianjurkan oleh Tamparuli living art centre.Pihak penganjur telah menjemput tiga panel iaitu Marc Abas pembuat filem tempatan,Sebastian Wojick pengarah filem pendek dari France dan Cikgu Iroet Marteni dari SK Tampulan Telipok Kota Kinabalu untuk mengupas dan berkongsi idea mengenai filem masing-masing.Slot ini telah dikendalikan oleh Nadira Ilana yang merupakan pembuat filem dan penulis skrip tempatan.Untuk rekod filem pendek SK Tampulan Telipok Kota Kinabalu yang bertajuk Tuhau VS Zombie  telah mendapat tontonan sebanyak 15,524,215  di Youtube.

1 Comment

Leave a Reply