Wirawati Firra Delia Mohd Faizal, SRK Lok Yuk Likas Berjaya Menempah Nama Di Kejohanan Asian-K Di Thailand

Wirawati Firra Delia Mohd Faizal, SRK Lok Yuk Likas Berjaya Menempah Nama Di Kejohanan Asian-K Di Thailand

Pada 7 – 9 Disember 2018, adik Firra Delia telah mewakili Malaysia ke Bangkok Thailand.

Adik Firra Delia berjaya mendapat tempat yang ke 24 daripada 98 orang wakil dari negara lain. Tempat latihan adik Firra selama ini adalah bertempat di Sabah Indoor Climbing Centre, Sabah.

Sebelum ini adik Firra Delia berjaya mendapat tempat pertama kejohanan UCC 2nd Climbing Competition Brunei Darussalam Novice female U-12 2016. Selain itu murid ini juga berjaya mendapat tempat kedua campuran (lead, speed & bouldering) UCC Climbing Competition U-12 2016. Pada 16 Disember tahun lalu adik Firra berjaya menjadi juara Adrenaline Fest 2018 under 12.

Terkini adik Firra Delia sedang menjalankan latihan untuk mewakili Malaysia ke China.

2 Comments

Leave a Reply