DEWAN TUN FUAD, 13 MAC 2026 – Program tahunan iaitu Karnival Bahasa dan Peluncuran AINS Nilam peringkat sekolah telah melabuhkan tirai dengan jayanya pada hari ini dengan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan penyertaan murid perdana dan PPKI. Karnival ini adalah gabungan Bidang Bahasa (Panitia BM dan BI), PPKI dengan kerjasama Pusat Sumber Darul Hikmah SMK Taman Tun Fuad. Karnival ini telah dijalankan bermula dengan perasmiannya pada 23 Februari 2026 sehingga 13 Mac 2026. Majlis penutupan karnival telah disempurnakan oleh Cik Yong Pei Na, Pegawai SISC+ Bahasa, PPD Kota Kinabalu mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Antara Pertandingan-pertandingan yang dijalankan ialah Mengulas Buku Cerita, Pidato, Forum, Deklamasi Sajak, Dendangan Syair, Bahas, Story telling, Poetry Recitation, Public Speaking, Dare to Spell, Scrabble, English Nilam, PBL dan Pertandingan Bahasa di peringkat PPKI seperti Deklamasi Sajak, Susun ikut urutan, Teka Maksud Peribahasa, Poem Recital, Make it Sense Short Story dan Complete My Story. Tambahan itu, jualan buku dan majalah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka telah diadakan di Dewan Tun Fuad pada 12 Mac 2026. Karnival yang diadakan telah memaparkan satu pendekatan dalam usaha mencungkil bakat dan kreativiti para peserta dengan variasi pertandingan yang disediakan untuk persediaan pertandingan ko-akademik. Selain itu, Karnival Bahasa menjadi platfom untuk membina keyakinan diri malah meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selaras dengan dasar MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris di samping menerapkan serta membudayakan unsur KBAT. Karnival bahasa ini juga merupakan usaha menjalin kerjasama utuh dengan pusat sumber sekolah dalam menyalurkan ilmu pengetahuan dan menanamkan minat membaca warga sekolah bagi menyokong program AINS Nilam. Sebagai kesimpulan, Karnival Bahasa SMK Taman Tun Fuad tahun 2026 dapat memberikan banyak manfaat kepada murid-murid perdana dan PPKI untuk berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berkreativiti dalam mencapai potensi diri.

Majlis Perasmian oleh Puan Halija, Pengetua SMK Taman Tun Fuad
Sesi fotografi ahli pengurusan bersama guru-guru bidang bahasa SMK Taman Tun Fuad
Antara bunting pengisian aktiviti sepanjang Karnival Bahasa 2026

Antara Pertandingan Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris dan PPKI
Pertandingan Deklamasi Sajak

Pertandingan Mengulas Buku
Pertandingan Forum BM

Hasil PBL murid-murid

Pameran PBL di Dewan Tun Fuad

Pameran Jualan Buku dan Majalah DBP dan Penyampaian Sijil Penghargaan

Bacaan Doa, Ucapan Wakil Pengetua dan Ucapan Perasmi

Gimik penutupan Karnival Bahasa dan Peluncuran AINS yang disempurnakan oleh Cik Yong Pei Na wakil pihak PPD Kota Kinabalu bersama barisan pentadbir SMK Taman Tun Fuad
Sesi fotografi selepas gimik

Persembahan murid PPKI dan Perdana
Penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang murid PPKI

Penyampaian sijil dan hadiah Pertandingan Panitia Bahasa Melayu
Penyampaian sijil dan hadiah kepada Pemenang AINS PSS

Sesi fotografi tetamu jemputan, barisan pentadbir, AJK pelaksana dan warga sekolah

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan Panitia Bahasa Inggeris

 

 

Leave a Reply