8 Jun 2024 – Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-23 Tahun 2024 telah dijalankan bertempat di Dewan Terbuka SMKTTF. Objektif utama Mesyuarat Agung Tahunan ini diadakan pada setiap tahun bertujuan menjalin hubungan yang lebih erat antara ibu bapa/ penjaga dengan guru . Selain itu, dapat memaklumkan segala aktiviti dan program yang telah dijalankan oleh pihak sekolah dalam memantapkan taraf Pendidikan anak-anak di samping membudayakan pengurusan KBAT dalam kalangan jawatankuasa PIBG sekolah. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ini telah dirasmikan oleh Pn. Halija Binti Hj Jonggang, Pengetua SMKTTF. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang mesyuarat ini berlangsung termasuklah ceramah keibubapaan yang bertajuk “ Peranan Ibu Bapa dalam Membentuk Keluarga Madani “ yang telah disampaikan oleh Professor Dr .Hjh Arsiah Binti Hj. Bahron, gimik penyerahan kerusi plastik dan penyampaian sijil penghargaan kepada para penyumbang ibu bapa serta cabutan bertuah. Mesyuarat ini berakhir dengan pengumuman AJK Tertinggi PIBG sesi 2024/2025 yang diterajui oleh Dr.Mornie Bin Kambrie.










