The 2024 Chinese Bridge Chinese Proficiency Competition pusingan akhir telah diadakan pada 4hb Mei di Universiti Malaya Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan kepada murid-murid dari SJKC ST JAMES yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam pertandingan “Chinese Bridge” peringkat kebangsaan.
Pertandingan “Chinese Bridge” merupakan satu acara yang diadakan untuk menguji kemahiran bahasa Cina di kalangan pelajar dari seluruh dunia. Janice Tsen Yu Xuan telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan memenangi tempat pertama dalam pertandingan tersebut, naib johan dimenangi oleh Phoebe Chong Zhi Xuan manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Ammar Yusof Bin Izwan. Geraldine Amaris Lajawai juga telah mendapat anugerah petah berbicara dalam pertandingan tersebut. Janice Tsen Yu Xuan telah dicalonkan mewakili Malaysia menyertai pertandingan pusingan terakhir keseluruhan peringkat sekolah rendah yang akan diadakan di China.
Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada peserta-peserta dari SJKC ST JAMES atas kejayaan cemerlang dalam pertandingan “Chinese Bridge”. Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak lagi pencapaian yang gemilang pada masa akan datang.