26 Julai 2025 – Gotong-royong Persatuan Ibu Bapa dan Guru MADANI anjuran Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan unit 3K SMK Taman Tun Fuad telah dijalankan bermula jam 6:45-11:30 pagi. Antara objektif program ini dijalankan ialah meningkatkan tahap kebersihan , keceriaan dan keselamatan sekolah, membudayakan amalan gotong-royong dalam kalangan warga sekolah, meningkatkan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan guru, AKP serta ibu bapa dan membudayakan amalan KBAT dalam pengurusan aktiviti sekolah.

Program yang dihadiri oleh semua guru, AKP, AJK tertinggi PIBG, bapa kepada semua murid tingkatan 1 hingga 5 termasuk murid PPKI, pekerja pembersihan, pengawal keselamatan dan DBKK melibatkan kerja-kerja membersihkan  keseluruhan kawasan sekolah, padang, dewan, bilik-bilik khas, kantin dan kerja-kerja pemotongan pokok. Program seumpama ini diharapkan akan dapat meningkatkan tahap kebersihan keseluruhan kawasan sekolah untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan murid-murid yang cerdas sekaligus dapat meningkatkan kesejahteraan emosi untuk berjaya dalam hidup.

Pn Halija Hj. Jonggang, pengetua bersama ibu bapa
Bapa-bapa kepada murid mendaftarkan kehadiran masing-masing
Mengemaskini bilik-bilik khas
Guru-guru PPKI membersihkan bangunan PPKI
Kerja pemotongan pokok dijalankan oleh DBKK
Kerja mengangkat sampah dijalankan oleh DBKK
Bapa-bapa kepada murid yang hadir membantu
Bapa-bapa kepada murid yang hadir membantu
Guru-guru pelatih turut bersama dalam gotong-royong
Kerja pemotongan pokok dijalankan
oleh DBKK
Kerja pemotongan pokok dijalankan oleh DBKK

Guru-guru menjalankan tugas masing-masing
Guru-guru dan AKP menjalankan tugas masing-masing
Pekerja pembersihan bersama dalam gotong-royong

Leave a Reply