18 Julai 2025 – Gotong-royong SERASI peringkat SMK Taman Tun Fuad tahun 2025, anjuran unit SERASI SMK Taman Tun Fuad telah dijalankan, Antara objektif program ini dijalankan ialah untuk menyediakan persekitaran yang selamat, bersih dan ceria kepada murid dan warga sekolah, memastikan semua kawasan seperti bilik darjah, bilik Lestari, kantin, tandas, taman-taman angkat, papan info kemas dan bersih sebagai persiapan dan persediaan akhir penilaian Wira SERASI, memupuk semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan warga sekolah, mengangkat watak dan kebitaraan sekolah iaitu Alam Sekitar dan membudayakan amalan KBAT dalam pengurusan aktiviti sekolah.
Aktiviti ini melibatkan semua murid termasuk PPKI, guru, AKP, pekerja pembersihan, pekerja kantin, dan pengawal keselamatan sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong membersihkan bilik darjah, kawasan PPKI, kawasan kantin, bilik pisompuruan, gelanggang pétanque, tandas guru serta murid, sustainable garden, dewan, nurseri, teratak kitar semula, bilik Lestari, taman-taman angkat unit beruniform, papan info 14R, laluan tangga, lata Tun Fuad, padang, tempat parkir ibu bapa, perhentian bas dan melukis mural. Taklimat gotong-royong disampaikan oleh Pn. Susie Ivangella @ Doivit selaku penyelaras unit SERASI sekolah. Sokongan padu daripada semua pihak yang terlibat telah membantu menjayakan program ini dan mewujudkan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif, bersih dan selamat untuk keselesaan warga sekolah.



