Bahasa Disemai, Budaya Dipupuk: Sorotan Minggu Bahasa Melayu SJKC St. James

Bahasa Disemai, Budaya Dipupuk: Sorotan Minggu Bahasa Melayu SJKC St. James

Minggu Bahasa Melayu SJKC St. James yang berlangsung dari 7 April hingga 11 April 2025 telah membawa keceriaan dan semangat cinta akan bahasa kebangsaan kepada seluruh warga sekolah. Sepanjang minggu tersebut, pelbagai pertandingan menarik telah dianjurkan seperti Pertandingan Bercerita, Pertandingan Pidato dan Pertandingan Menulis Karangan. Setiap peserta tampil dengan penuh keyakinan, menyampaikan cerita dan hujah dengan bahasa yang indah serta gaya yang mengagumkan. Idea yang kreatif dan persembahan yang memukau menjadikan pertandingan lebih meriah dan mengujakan.

Selain pertandingan, murid-murid turut menyertai Stesen Permainan Bahasa yang sarat dengan aktiviti interaktif dan menyeronokkan. Permainan seperti teka silang kata, padanan perkataan, mencari kata adjektif dan sesi karaoke Bahasa Melayu telah meningkatkan penguasaan bahasa dalam suasana santai. Lebih menarik lagi, setiap stesen dihias dengan tema kartun kegemaran murid seperti Chikawa, Sonic, Capybara dan Kuromi. Secara keseluruhan, Minggu Bahasa Melayu ini berjaya menyemai semangat berbahasa dalam kalangan murid melalui pendekatan kreatif, santai dan penuh keceriaan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply