PROGRAM ADVOKASI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK: KASIH KANAK-KANAK NEGERI SABAH TAHUN 2024 DI SMK TAMAN TUN FUAD, KOTA KINABALU

PROGRAM ADVOKASI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK: KASIH KANAK-KANAK NEGERI SABAH TAHUN 2024 DI SMK TAMAN TUN FUAD, KOTA KINABALU

28 September 2024 – SMK Taman Tun Fuad telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Negeri Sabah Tahun 2024 anjuran Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah dengan Kerjasama Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak daerah Kota Kinabalu.

Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk menggerakkan semua anggota masyarakat bersama melindungi dan membina persekitaran selamat untuk kanak-kanak serta membantu mencegah berlakunya peningkatan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

Seramai 152 orang murid SMK Taman Tun Fuad turut hadir mendengar pengisian berbentuk ceramah interaktif bertajuk ‘Keselamatan Kanak-Kanak’ yang disampaikan oleh Polis Diraja Malaysia, ‘Hak Kanak-Kanak’ yang disampaikan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah dan ‘Klik Dengan Bijak, Buli Siber’ yang disampaikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Gerai pameran Polis Diraja Malaysia, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak dan Level Up Academy juga dibuka untuk mendidik khalayak ramai mengenai advokasi yang dijalankan.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datu Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Merangkap Ahli Parlimen P172 Kota Kinabalu. Turut memeriahkan majlis ialah Encik Chan Chee Siong, Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Puan Ernah binti Wagimin, Penolong Pegawai Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Puan Reza Solibun, Penolong Pengarah Bahagian Kota Kinabalu, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sekolah, Puan Hjh. Faridah Datuk Abu Bakar Titingan, Pengerusi Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Encik Abdul Ghani bin Kaji, Pengerusi Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Kota Kinabalu, ASP Lim Yih Ling, Ketua Unit Ronda Bermotosikal, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Dr. Morni bin Kambrie, Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Taman Tun Fuad serta ketua dan wakil ketua daripada jabatan persekutuan dan negeri.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran dan melahirkan lebih ramai individu yang peka terhadap isu kanak-kanak selaras dengan tema program ‘Sayangi dan Lindungi Kanak-Kanak’.

Barisan ahli pengurusan SMK Taman Tun Fuad bersama perasmi dan tetamu jemputan
Ceramah interaktif ‘Keselamatan Kanak-Kanak’ bersama Insp. Siti Suraya binti Abu Bakar
Ceramah interaktif ‘Hak Kanak-Kanak’ bersama Puan Ponniya Irham
Ceramah interaktif ‘Klik dengan Bijak, Buli Siber’ bersama Puan Fauziante Abdul Rahman
Ucapan alu-aluan Puan Hjh. Faridah Datuk Abu Bakar Titingan
Ucapan perasmian Yang Berhormat Datuk Chan Foong Hin
Penyerahan pelekat Talian Kasih 15999 kepada Pengetua SMK Taman Tun Fuad
Simbolik pelancaran Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak (Mural)
Lawatan ke gerai pameran PDRM
Lawatan ke gerai pameran Pusat Aktiviti Kanak-Kanak
Lawatan ke gerai pameran Level Up Academy
Lawatan ke Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Taman Tun Fuad

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply