SMK Bandaraya Kota Kinabalu Membawa Pulang 4 Pingat

SMK Bandaraya Kota Kinabalu Membawa Pulang 4 Pingat

Pada 12 Mei 2022, 2 Pasukan guru, 1 individu guru dan 1 pasukan murid SMK Bandaraya Kota Kinabalu telah berjaya mendapat pingat Emas , 2 Perak dan 1 Gangsa dalam Seminar Penyelidikan & Inovasi PINANG STEM DIGITAL anjuran IPG Kampus Pulau Pinang. Kumpulan murid yang diketuai oleh adik Brighton Ralph Jimmie bersama 2 rakan iaitu adik Beathsy Lea, dan adik Gerrard Lucian mendapat 1 Pingat Perak. Kumpulan Guru 1 iaitu Cikgu Nadia Richard, Cikgu Roselen Sindeh, Cikgu Zarina Nazori dan Cikgu Kong Ching Ling mendapat 1 pingat Emas, Kumpulan Guru 2 iaitu Cikgu Nadia Richard, Cikgu Roselen Sindeh, Cikgu Zarina Nazori dan Cikgu Roger Awang mendapat 1 pingat Perak, dan kategori Individu Cikgu Suresh Kumar A/L Maruthamuthu mendapat pingat Gangsa.

Puan Rohani Haji Ramlee yang menjadi tunjang kepada pembudayaan inovasi dan kajian tindakan SMK Bandaraya Kota Kinabalu, sentiasa menekankan perlunya komitmen dan iltizam tinggi bagi merealisasikan agenda dan inisiatif tersebut. Katanya, walaupun ianya bukan perkara yang mudah, dengan izin Tuhan jika fokus diberikan, tiada yang mustahil. Katanya lagi, KeranaMu…Biar Setitik Berkocak, Biar Setapak Bergerak.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply