Adik Chang Cheng Chun dan Adik Ling Yi Shun dari SJK (C) Yick Nam berjaya merangkul kecemerlangan dalam Pertandingan Buku Skrap Bersempena Dengan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2021

Pertandingan Buku Skrap Bersempena Dengan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah dan WP Labuan 2021 anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sabah telah berlangsung dari 19 Mei hingga 9 Ogos 2021. Dua orang murid telah berjaya mengharumkan nama baik SJK (C) Yick Nam, Inanam. Mereka ialah adik Chang Cheng Chun dari Tahun 5K mendapat johan dalam pertandingan tersebut, manakala adik Ling Yi Shun Gabriel dari Tahun 5K telah mendapat Hadiah Galakan dalam pertandingan ini.

Encik Wang Teck Yun, Guru Besar SJK (C) Yick Nam, Inanam telah mengucapkan tahniah kepada para pemenang serta merakamkan ribuan terima kasih kepada semua guru pembimbing.

Adik Chang Chang Chun mendapat Johan dalam Pertandingan Buku Skrap.

Adik Ling Yi Shun Gabriel mendapat Hadiah Galakan dalam Pertandingan Buku Skrap.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply