TOKYO- SK Tampulan Telipok sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila telah memenangi pertandingan festival filem antarabangsa yang dianjurkan oleh TOYO UNIVERSITI dengan kerjasama JAPAN TOURISM AGENCY.

Tema festival pada tahun ini adalah “Pelancongan dan Masyarakat Lestari”.SK Tampulan telah memenangi kategori “STUDENT AWARD” untuk filem Solunsug.

Menurut Guru Besar SK Tampulan Telipok,Cikgu Liuh Bin Gindong yang dihubungi menzahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan pencapaian sekolah kerana SK Tampulan Telipok adalah  salah satu sekolah di negara kita yang bergiat aktif dalam pembikinan filem pendek di dalam mahupun luar negara, katanya ketika dihubungi.

Cikgu Iroet Marteni yang merupakan guru pembimbing projek ini juga terharu dengan pencapaian sekolah luar bandar ini.”Kejayaan sekolah adalah kerana kerjasama yang kukuh dan erat antara guru dan juga PIBG.”katanya.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan