Adik Chang Cheng Chun dan Crystal Voo dari SJKC Yick Nam berjaya merangkul kecemerlangan dalam Pertandingan Buku Skrap Bersempena Dengan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah

Adik Chang Cheng Chun dan Crystal Voo dari SJKC Yick Nam berjaya merangkul kecemerlangan dalam Pertandingan Buku Skrap Bersempena Dengan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah

Pertandingan Buku Skrap Bersempena Dengan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah anjuran bersama dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sabah dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah berlangsung dari 15 Julai hingga 14 Ogos 2020. Dua orang murid telah berjaya mengharumkan nama baik SJK (C) Yick Nam, Inanam. Mereka ialah adik Chang Cheng Chun dari Tahun 4K mendapat johan dalam pertandingan tersebut, manakala adik Crystal Voo Siao Jing dari Tahun 6M telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan ini.

Encik Wang Teck Yun, Guru Besar SJK (C) Yick Nam, Inanam telah mengucapkan tahniah kepada para pemenang serta merakamkan ribuan terima kasih kepada semua guru pembimbing. Beliau juga berharap agar semua murid terus berusaha, kerana tempoh PKP bukan satu halangan bagi seseorang murid memperoleh kejayaan sama ada dalam bidang akademik atau ko-kurikulum.


Adik Chang Cheng Chun – Johan


Adik Crystal Voo Siao Jing – Naib Johan

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply