Program Intelek Asuhan Rohani secara atas talian menggunakan aplikasi “Anymeeting” anjuran bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kota Kinabalu dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu telah diadakan pada 19 Julai 2020. Program ini dikendalikan oleh Unit Pencegahan AADK Daerah Kota Kinabalu yang diketuai oleh Encik Lawrence Galleh.
En. Ahmad Radzi Abd Halim memulakan sesi pertama dengan perkongsian tentang cara menangani emosi apabila ditindas atau berasa tidak gembira. Slot seterusnya disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Nazri Bin Daud iaitu ceramah tentang bahaya dadah dan Covid-19. Sesi terakhir ceramah disampaikan oleh Puan Maria Salleh iaitu perkongsian tentang cara-cara meningkatkan daya motivasi diri. Sesi kuiz juga dilaksanakan sepanjang sesi ceramah.
Syabas diucapkan kepada murid-murid yang berikut kerana berjaya memenangi hadiah dalam sesi kuiz:
1. Cresyntha Adylle 5B
2. Ling Yi Shun 4K
3. Louie Hew 4K
4. Nul Al Nurqasimah 5H
Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kota Kinabalu turut mengadakan pertandingan video pendek dan pertandingan Ikon PINTAR dalam program ini. Beberapa orang murid SJKC Yick Nam berjaya memenangi hadiah dalam pertandingan Ikon PINTAR:
Johan
Zoye 6M
Sagu Hati
1. Nurul Afiqah 6H
2. Orlandoh 6B
3. Ng Siew Deng 6M
4. Elvyca 6M
5. Marc 6H