29 Jun 2020, 3 buah sekolah di PPD Kota Kinabalu telah menerima lawatan daripada Datuk Dr Hjh Yasmin Hussain (Pengarah BPKhas, KPM), Dr Mohd Anuar Abdullah (Timbalan Pengarah BPKhas Pembangunan Instruksional, KPM) dan Dr Hjh Noraini Zainal Abidin (KPP Unit Vokasional & Kemahiran, KPM) sempena Pemantauan Pelaksanaan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah KPM. Sekolah2 yang terlibat adalah SMK Taman Tun Fuad, SK Tanjung Aru II dan SK Sembulan. Pegawai JPN Sabah yang turut sama memantau ialah Pn Piluh @ Mathilda Osong (KPPK SPK) dan Dr Norjannah Hassan (KPP SPK). Secara keseluruhan, pihak KPM berpuasa hati dengan persiapan yang telah dibuat oleh ketiga2 sekolah dan turut menambahbaik atau memberi idea kepada sekolah berkenaan berkenaan kehadiran MBK dan kapasiti kelas.

SMK Taman Tun Fuad merupakan destinasi pertama. Sebelum kehadiran pegawai KPM, pihak PPD telah turun membimbing persiapan dan pengurusan sekolah dan PPKI terutama isu2 melibatkan pembangunan seperti tandas mesra OKU. Pada tahun lepas, kita telah menghantar permohonan membina bangunan baharu bagi PPKI di sekolah ini. Sesuai dengan pemilihan sekolah ini dan pegawai BPKhas melihat sendiri ruang kelas dan jumlah MBK, permohonan membina bangunan baharu, In sha Allah diluluskan.

SK Tanjung Aru II merupakan destinasi kedua. Persiapan yang cukup baik dari pihak sekolah sama ada kelas aliran perdana, prasekolah dan PPKI. Dr Mohd Anuar menegur tentang saiz kelas yang tidak sesuai dan mencadangkan PPKI agar menurunkan semaksima MBK ke sekolah. Saya telah menerangkan kepada pihak BPKhas berkenaan data dan unjuran MBK yang ramai bukan sahaja di SK Tanjung Aru II tapi seluruh Kota Kinabalu meskipun perluasan telah dibuat. Kehadiran pegawai2 BPKhas ini sangat tepat kerana mereka boleh melihat sendiri kepadatan dan ruang kelas PPKI. BPKhas memohon agar sekolah dan PPD menyediakan kertas kerja dan BQ lengkap bagi permohonan bangunan baharu di ruang tanah yang ada di sebelah blok pentadbiran (hasil cadangan GB) untuk dibentangkan pada bulan september bagi mengisi peruntukkan pembangunan 2021

Leave a Reply