Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber Merangkap Perasmian Bulan Disiplin SK Sri Gaya 2020

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber Merangkap Perasmian Bulan Disiplin SK Sri Gaya 2020

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber, merangkap Perasmian Bulan Disiplin 2020 peringkat SK Sri Gaya (SBT), Kota Kinabalu telah berlangsung pada 7 Februari 2020 bertempat di Dewan Terbuka SK Sri Gaya.

Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YDH Tuan ACP Habibi Bin Majinji, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu kepada seramai 134 orang pelajar. Turut mengiringi penyerahan tersebut adalah Guru Besar SKSG, Puan Supiah Bte Hj Noor, Yang DiPertua PIBG SKSG, Tuan Hj Mohammad Arif Tun Sakaran, Pengarah RELA Sabah, YBrs Tuan Pauzi Bin Jhumat, Penolong Pengarah Unit HEM Sektor Pembangunan Sahsiah Murid, Encik Dino Bin Hj Shamsudin.

Tahniah diucapkan kepada Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber SK Sri Gaya Tahun 2020.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply