Anugerah EMAS Pertandingan Intervensi Amalan Bilik Darjah Peringkat kebangsaan

Tahniah sekali lagi buat SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu atas kejayaan dalam Pertandingan Intervensi Amalan Bilik Darjah (iabD) 2019. Pasukan SKC Anglo Chinese sekali lagi mendapat Anugerah EMAS dalam Pertandingan Intervensi Amalan Bilik Darjah yang bertaraf kebangsaan di Institut Perguruan Kampus Perempuan Melayu, Melaka pada 21-22 Ogos 2019.

Project Based Learning ( PBL ) yang bertajuk Anglo Chinese Mushroom Project Based Learning (ACMPBL) berjaya mendapat 1 JOHAN dan 3 EMAS berturut-turut pada tahun 2018 – 2019 iaitu :

1. International Conference on Education Transformation (i-CET) 2018 anjuran Alumni IPGK Batu Lintang Sarawak – JOHAN

2. International Summit of Innovation and Design Exposition (INSIDE) 2019 anjuran University of Malaya Kuala Lumpur – EMAS

3. Pertandingan Inovasi Darulaman Peringkat Kebangsaan – Pemantapan Inovasi Dalam Era Revolusi Industri 4.0 anjuran IPGK Darulaman Kedah – EMAS

4. Pertandingan Intervensi Amalan Bilik Darjah (iabD) 2019 anjuran IPGK Perempuan Melayu Melaka – EMAS

Project Based Learning (PBL) ini diketuai oleh Guru Besar Pn. Ong Kooi Huong dan dibimbing oleh 5 orang guru iaitu Cikgu Chua Khen Leong (Matematik & TMK), Cikgu Han Lee Teng (Sains), Cikgu Chi Nyuk Hiong (Bahasa Cina), Cikgu Angelica (Bahasa Inggeris) dan juga Cikgu Kenneth Liew (ICT & RBT).

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada En. Benny Kong, Ketua Unit, Unit Pembangunan Akademik Institut Perguruan Kampus Kent Tuaran selaku penasihat dan pembimbing dalam Project Based Learning (PBL) ini yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru-guru.

Selain itu, tidak lupa juga merakamkan jutaan terima kasih kepada #kinabalucoders #kc En. Arthur Raymond, Pengerusi Persatuan Pengaturcara dan Pembina ICT Sabah selaku Penasihat Internet of Things (iOT) dan semua anggota kinabalu coder yang selalu memberi bimbingan dalam “coding & programming” kepada guru-guru.

Justeru, setinggi-tinggi penghargaan kepada Penasihat PIBG, Datuk Yap Yun Fook dan Penasihat Teknik AC Mushroom, Pn Jamilah Lee Nyuk Choon atas sokongan dan bimbingan dalam penanaman cendawan sepanjang 2 tahun ini.

Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan juga kepda PIBG SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu dan para ibu bapa atas sokongan padu dalam setiap pertandingan dan aktiviti di dalam mahupun di luar sekolah.

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of