Pada 28 April 2019 telah berlangsung Robotik Make X sempena Program Perpaduan Dan Promosi Asrama Malaysia (AMAL) Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2019 bertempat di SURIA Shopping Mall Kota Kinabalu.
Pertandingan ini disertai oleh 9 buah sekolah Rendah. Sekolah yang terlibat SK Tanjung Aru 1, SK Sembulan, SK Gentisan, SK Putaton Inobong Penampang, SK Sri Gaya, SK St James SJK Chung Hwa Likas dan SK Catherine.
SK Tanjung Aru 1 telah dinobatkan sebagai JOHAN dalam kategori sekolah rendah. Tahniah diucapkan kepada semua warga SK Tanjung Aru 1 yang terlibat dalam pertandingan ini.