Pada 30 April 2019, murid-murid SJKC Yick Nam, Inanam telah menyertai Aktiviti Malaysia Book Of Record (MBOR) iaitu Murid Teramai Membersihkan Tangan Secara Serentak. Seramai 450000 murid sekolah rendah di seluruh Malaysia bersama menjayakan program ini dan ia bakal diiktiraf dalam Malaysia Book of Records untuk bilangan murid paling ramai membersihkan tangan menggunakan hand sanitizer secara serentak. Bagi menjayakan program ini, pihak sekolah telah melaksanakan Program 7 Langkah Membasuh Tangan Menggunakan Hand Sanitizer.

Program ini bermanfaat dalam usaha pencegahan awal penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang semakin menular di negara kita. Justeru, pihak sekolah berharap selepas aktiviti ini, murid-murid sedar akan kepentingan menjaga kebersihan diri.

 

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan