Ceramah Teknik Menjawab Kertas UPSR BM SJKC Yick Nam

Pada 17 April 2019, Panitia Bahasa Melayu SJKC Yick Nam, Inanam telah mengadakan Ceramah Teknik Menjawab Kertas UPSR Bahasa Melayu. Tujuan ceramah ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada calon UPSR tentang teknik-teknik menjawab Kertas UPSR dengan lebih yakin.

Pihak sekolah telah menjemput Encik Mohd. Ashmi Bin Muhiddin,  Penolong Kanan HEM Sekolah Kluster Kecemerlangan St. Edmund, Kota Belud sebagai penceramah dalam aktiviti ini. Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd. Ashmi atas perkongsian beliau kepada semua murid tahun enam.

En. Wang Teck Yun, Guru Besar SJKC Yick Nam menyampaikan sijil penghargaan kepada Encik Mohd. Ashmi Bin Muhiddin.

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of