Jemputan Perkongsian Amalan Penghasilan Kerja Inovasi Dalam Sesi Penghakiman Pusingan Kedua bagi Pertandingan Anugerah Guru Inovatif (AGU) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2019.
Tarikh : 4 Mac 2019
Masa : 7.30 am
Tempat : Dewan Sri Gemilang SMK SANZAC
Seramai tujuh orang pelajar Tingkatan 6 SMK SANZAC telah mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM Penggal 1 sesi 2018/2019. Saudara Mohd Haziq bin Zamani merupakan pelajar terbaik keseluruhan. Beliau memperoleh 3A&1B+ dengan PNGK 3.90. Tuan Pengetua Dr. Shirley Tay Siew Hong, menerusi ucapan beliau telah merakamkan ucapan tahniah kepada para pelajar tersebut sambil mengingatkan semua pelajar supaya sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan mencatat keputusan yang cemerlang bagi melayakkan diri melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Beliau turut berkenan menyampaikan hadiah berupa wang tunai kepada para pelajar tersebut. Hadiah tersebut telah disumbangkan oleh Kelab Keusahawanan Tingkatan 6 SMK SANZAC di bawah kelolaan Encik Mohd Noorsham dan Pn Vivien Liew.
SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA WARGA PRA-U SMK SANZAC!